selamat datang..

ini adalah blog rasmi pengerusi teknik olahraga mssd daerah bentong. segala maklumat berkaitan olahraga mssd bentong akan dipaparkan di sini. untuk memperolehi maklumat, borang dan sebagainya, anda perlu download di bahagian bawah ini.

sila beri pandangan anda berkaitan blog ini untuk penambahbaikan.


Wednesday, February 24, 2010

perkembangan terbaru mssd bentong.

en nagib bin abd rahim telah memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kategori dalam kejohanan balapan dan padang.

kategori tersebut ialah bawah 10 tahun dan bawah 13 tahun. kategori ini dipertandingkan dalam sukan pembangunan. sila download maklumat di bahagian download di atas.

Monday, February 22, 2010

penting: senarai nama peserta olahraga MSSD Bentong

kejohanan olahraga mssd bentong akan diadakan di padang smk seri bentong pada 5-8 april 2010.

sehubungan itu, pengurus pasukan olahraga setiap sekolah dalam daerah bentong diminta menghantar senarai nama atlit yang bakal bertanding dalam kejohanan tersebut kepada pengerusi teknik olahraga mssd bentong (mohd nazri mohammad ali - smk karak) sebelum 25 mac 2010.

sila download semua maklumat di bahagian download.

sila hantar melalui email : mdnazri68@gmail.com

Sunday, February 21, 2010

latihan pasukan pahang fasa 2

5 orang atlet bentong akan mengikuti latihan pasukan olahraga pahang fasa 2 di kuantan pada 23 hingga 28 februari 2009.

mereka ialah syed mohd farid syed noh 17 tahun dari smk seri bentong dan omar mohd sani 14 tahun dari smk karak. syed akan berlatih bagi acara lompat kijang manakala omar bagi acara rejam lembing.

selain mereka, moganambal, 14 (smk karak) bagi acara jarak sederhana, nira afiqah, 14 (smk chemomoi) bagi acara pecut dan intan elyanie, 12 bagi acara lompat jauh.

mereka akan diiringi oleh jurulatih en mohd saiful baktia ibramin. semoga mereka dapat mengharumkan nama bentong dan pahang amnya.