selamat datang..

ini adalah blog rasmi pengerusi teknik olahraga mssd daerah bentong. segala maklumat berkaitan olahraga mssd bentong akan dipaparkan di sini. untuk memperolehi maklumat, borang dan sebagainya, anda perlu download di bahagian bawah ini.

sila beri pandangan anda berkaitan blog ini untuk penambahbaikan.


Saturday, October 24, 2009

latihan fasa 1 mss pahang bermula...

latihan fasa 1 pasukan olahraga mss pahang sudah bermula iaitu pada 18 hb oktober 2009 hingga 23 hb oktober 2009.

latihan lebih menumpukan kepada kekuatan kardio dan otot atlet serta membina stamina atlet olahraga.

seramai 25 orang atlet olahraga pahang menyertai fasa latihan 1 ini, ini kerana ramai atlet lain iaitu yang berbangsa india masih lagi merayakan hari raya deepavali...hepi deepavali diucapkan...

Monday, October 12, 2009

seminar periodisasi 2009...

Seminar Periodisasi Persatuan Sukan Negeri Pahang 2009

Persatuan Olahraga Daerah Temerloh telah menganjurkan Seminar Periodisasi Persatuan Sukan Negeri Pahang pada 3 hingga 4 hb Oktober di Dewan Tun Razak Temerloh. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Bentong dengan inisiatif Penyelia Sukan PPD Bentong En. Mohd Nagib Bin Abd Rahim telah menghantar seramai 15 orang guru sukan ke seminar tersebut.

Sebanyak 9 kertas kerja telah dibentangkan oleh tokoh-tokoh akademik sukan negara temasuklah YH Dato Dr. Ramlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara. Seminar ini banyak memberikan pengetahuan baru berkaitan dengan ilmu Sains Sukan dan pengurusan sukan kepada guru-guru yang hadir seterusnya akan memberi input kepada jurulatih sukan untuk menyelaraskan program pembangunan sukan daerah khususnya MSSD Bentong.

Penutupan rasmi seminar ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang. Pengerusi Teknik Olahraga MSSD Bentong En. Mohd Nazri Bin Mohamad Ali telah menerima sijil penyertaan mewakili guru-guru peserta seminar Daerah Bentong.

Sunday, October 11, 2009

School Base Training...??

school base training nie bertujuan untuk mencari bakat & menjadikan setiap sekolah yang menjadi pusat pembangunan olahraga sebagai base training untuk atlet-atlet olahraga di setiap daerah, selain itu tujuan utamanya adalah untuk menggariskan beberapa perancangan khusus mempertingkatkan potensi atlet sebagai persiapan menuju ke landasan yang tepat menjelang Landas Emas 2012.

adalah diharapkan atlet-atlet yang dilahirkan nanti akan dapat menghasilkan sekurang-kurangnya satu pingat emas bagi setiap individu dalam Kejohanan Olahraga MSSM 2012.

" Amukkan Tok Tajah Akan Kembali!!! "

diharap program ini tidak sahaja tertumpu pada pusat-pusat kecemerlangan olahraga daerah, akan tetapi terbuka kepada semua sekolah yang mempunyai atlet yang berbakat terutamanya di dalam derah bentong!!! harapan pt olahraga bentong...

Pembangunan Olahraga di sambung semula...

untuk pengetahuan semua peminat-peminat olahraga, sukan pembangunan olahraga akan dijalankan semula pada tarikh 31 oktober 2009, yang mana pada pembangunan kali ini ianya akan dilakukan dengan menggabungkan 2 sirkit, iaitu sirkit balapan & sirkit padang.



pasukan olahraga bentong akan turut menyertai sukan pembangunan tersebut di samping untuk memastikan olahraga bentong akan kembali bersinar pada masa-masa akan datang.

kontigen bentong akan menghantar 2 pasukan iaitu untuk acara balapan & acara padang, boleh dikatakan setiap acara yang dijalankan, kontigen bentong akan memastikan ada atlet dari daerah bentong mengambil bahagian.