selamat datang..

ini adalah blog rasmi pengerusi teknik olahraga mssd daerah bentong. segala maklumat berkaitan olahraga mssd bentong akan dipaparkan di sini. untuk memperolehi maklumat, borang dan sebagainya, anda perlu download di bahagian bawah ini.

sila beri pandangan anda berkaitan blog ini untuk penambahbaikan.


Monday, October 12, 2009

seminar periodisasi 2009...

Seminar Periodisasi Persatuan Sukan Negeri Pahang 2009

Persatuan Olahraga Daerah Temerloh telah menganjurkan Seminar Periodisasi Persatuan Sukan Negeri Pahang pada 3 hingga 4 hb Oktober di Dewan Tun Razak Temerloh. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Bentong dengan inisiatif Penyelia Sukan PPD Bentong En. Mohd Nagib Bin Abd Rahim telah menghantar seramai 15 orang guru sukan ke seminar tersebut.

Sebanyak 9 kertas kerja telah dibentangkan oleh tokoh-tokoh akademik sukan negara temasuklah YH Dato Dr. Ramlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara. Seminar ini banyak memberikan pengetahuan baru berkaitan dengan ilmu Sains Sukan dan pengurusan sukan kepada guru-guru yang hadir seterusnya akan memberi input kepada jurulatih sukan untuk menyelaraskan program pembangunan sukan daerah khususnya MSSD Bentong.

Penutupan rasmi seminar ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang. Pengerusi Teknik Olahraga MSSD Bentong En. Mohd Nazri Bin Mohamad Ali telah menerima sijil penyertaan mewakili guru-guru peserta seminar Daerah Bentong.