selamat datang..

ini adalah blog rasmi pengerusi teknik olahraga mssd daerah bentong. segala maklumat berkaitan olahraga mssd bentong akan dipaparkan di sini. untuk memperolehi maklumat, borang dan sebagainya, anda perlu download di bahagian bawah ini.

sila beri pandangan anda berkaitan blog ini untuk penambahbaikan.


Saturday, April 3, 2010

kejohanan merentas desa mssd bentong 2010

syukur alhamdulillah kejohanan merentas desa mssd bentong 2010 telah berlangsung meriah dengan penyertaan 198 orang atlet sekolah daerah bentong. tuan pengurus felda sertik telah diberi penghormatan untuk melepaskan atlet dari semua kategori. kejohanan merentas desa yang diadakan di smk sertik turut dihadiri oleh penyelia sukan pejabat pelajaran daerah bentong; en. nagib yang sangat berpuashati dengan pengurusan kejohanan pada kali ini. tahniah kpd pengetua dan semua warga smk sertik yang telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan lancar berkat kerjasama semua pihak. 4 orang atlet terbaik setiap kategori akan mewakili daerah bentong ke kejohanan merentas desa mss pahang yang akan diadakan pada 10-11 april di temerloh.



peserta dilepaskan oleh pengurus felda sertik


berikut adalah keputusan kejohanan..

kategori perempuan 12 tahun.
johan : normimi akma sk karak
n. johan : nazatul sk kg sertik
ketiga : sarmila devi sjkt karak
keempat : siti suhaina sk sg kemahal

kategori lelaki 12 tahun.

johan : muhamad izat izuddin sk lurah bilut
n. johan : mohamad hidayat firdaus sk lurah bilut
ketiga : muhamad amirul sk chemomoi
keempat : iskandar sk kemasul

kategori perempuan 15 tahun.

johan : moganambal smk karak
n. johan : intan syafiqah smk kuala repas
ketiga : laila norasyikin smk seri pelangai
keempat : syaidatul haziqah mrsm bentong

kategori lelaki 15 tahun.

johan : royzlan smk karak
n. johan : muhd azaki mrsm bentong
ketiga : mohd afendi smk kuala repas
keempat : sahrin safrin smk bukit tinggi

kategori perempuan 18 tahun.

johan : yasotha smk karak
n. johan : linggeswari smk karak
ketiga : magesh smk karak
keempat : ernawatie mrsm bentong

kategori lelaki 18 tahun.

johan : tan hing hock smk katholik
n. johan : moganasundram smk karak
ketiga : dinesh smk ketari
keempat : sugumaran smk telemong

pt olahraga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga smk sertik, pengurusan felda sertik dan semua pihak yang terlibat menjayakan kejohanan ini.

Tuesday, March 30, 2010

merentas desa "lari-lari felda 2010" daerah bentong

pemilihan peserta merentas desa bagi mewakili daerah bentong akan diadakan di smk sertik pada :-

hari : sabtu
tarikh : 3 mac 2010
masa : 8 pagi


mssd bentong menjemput semua atlet yang berpotensi untuk sama-sama menyertai pemilihan "lari-lari felda" ini.

semua pengurus pasukan, sila download peraturan merentas desa dari blog ini.

Sunday, March 28, 2010

kejohanan balapan dan padang mssd bentong 2010

adalah dimaklumkan bahawa kejohanan balapan dan padang mssd bentong 2010 akan diadakan pada 5 hingga 8 april 2010 di padang smk seri bentong.

sebanyak enam kategori umur dipertandingkan iaitu bawah 18 tahun lelaki dan perempuan, bawah 15 tahun lelaki dan perempuan serta bawah 12 tahun lelaki dan perempuan.

pada kali ini mssd bentong telah menerima penyertaan baru dari maktab rendah sains mara bentong setelah tahun lepas mssd bentong menerima kehadiran sekolah swasta saliha genting highland.


smk karak: johan kategori sekolah menengah sejak lebih 30 tahun berturut-turut.
kehadiran pendatang baru ini diharap dapat mencabar kehebatan pasukan-pasukan sedia ada.

Tuesday, March 16, 2010

notis pembatalan acara pembangunan

perhatian kepada semua pengurus pasukan dan jurulatih olahraga sekolah dan zon mssd bentong....

encik nagib memaklumkan bahawa semua acara pembangunan bawah 10 dan bawah 13 dibatalkan. ini adalah kerana kategori itu yang sepatutnya dipertandingkan diperingkat msssp telah dibatalkan. diharap semua pengurus dan jurulatih sekolah dan zon mengambil perhatian perkara di atas... sebarang pertanyaan sila hubungi en nagib di ppd bentong.

Friday, March 12, 2010

mesyuarat jawatankuasa pengelola mssd bentong kali pertama

tarikh : 11 mac 2010
tempat : smk seri bentong
masa : 2.30 petang


mesyuarat kali pertama telah dipengerusikan oleh pengetua smk seri bentong, en. ab rahman bin halib.

ucapan aluan oleh pegawai pelajaran daerah bentong, en. liew kim choon

· beliau menyatakan hasrat menteri pelajaran mengenai satu pelajar satu sukan menjelang 2011

· setiap sekolah di bentong dapat mengenalpasti satu acara yang boleh mengutip satu pingat emas di peringkat mssp, satu sekolah satu pingat emas
· mencadangkan agar menjemput semua pengetua sekolah, pemimpin masyarakat, jkkk dan pibg hadir ke kejohanan balapan dan padang mssd bentong


pembentangan maklumat kejohanan oleh penyelia sukan daerah, en mohamad nagib bin abd rahim

· mssd bentong akan menggunakan sistem pendaftaran berkomputer yang akan dikendalikan oleh en mohd khairul dari sk karak
· tambahan acara pembangunan kategori bawah 10 tahun dan bawah 13 tahun.
· kepegawaian akan menggunakan khidmat pelajar aliran sains sukan sebagai hakim kejohanan.
· tarikh akhir penghantaran senarai nama peserta ke ppd pada 25 Mac 2010 sebagai semakan akhir semua ajk kejohanan..
· pelaksanaan acara pembangunan kategori bawah 10 tahun dan bawah 13 tahun pada 5 April 2010.
· mengadakan pertandingan perbarisan peringkat daerah semasa upacara perasmian.
· pasukan perbarisan mewakili setiap sekolah bagi peringkat sekolah menengah dan bagi peringkat sekolah rendah mengikut zon masing-masing.
· piala pusingan berserta sijil hanya diberi kepada johan perbarisan.
· upacara perbarisan diiringi oleh pasukan tambor

pengerusi teknik olahraga mssd bentong, en mohd nazri bin mohamad ali memaklumkan bahawa telah mewujudkan blog khusus untuk olahraga mssd bentong bertujuan memaklumkan segala perkembangan sukan olahraga daerah bentong. segala dokumen kejohanan boleh didownload melalui blog ini.




ahli jawatankuasa pengelola kejohanan balapan dan padang mssd bentong sedang bermesyuarat

kejohanan balapan dan padang mssd bentong 2010

kronologi peristiwa

1. tarikh : 11 hb mac 2010
masa : 2.30 ptg
tempat : smk seri bentong

· mesyuarat jawatankuasa pertama
· lantikan jawatankuasa pengeloloa 2010
· bidang tugas jawatankuasa diedarkan

2. tarikh : 25 hb mac 2010
masa : 9.00 pagi
tempat : smk seri bentong

· mesyuarat jawatankuasa kedua
· pelaporan jawatankuasa kecil
· pembentangan budget jawatankuasa kecil
· tarikh akhir pengesahan penyertaan oleh sekolah menengah dan zon ke unit sukan ppd bentong


3. tarikh : 30 hb mac 2010
masa : 9.00 pagi
tempat : smk seri bentong

· mesyuarat pengurus pasukan sekolah dan zon
· menyemak semula pendaftaran dan penukaran peserta dibuat jika perlu
· membawa borang yang telah diisi dan disahkan oleh pengetua / pengerusi zon

4. tarikh : 5 hb april 2010
masa : 8.00 pagi
tempat : smk seri bentong

· taklimat kepada hakim dan pegawai yang bertugas.
· melaksanakan acara sukan pembangunan, acara jalan kaki dan baling tukul besi

5. tarikh : 6 hb april 2010
masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
tempat : smk seri bentong

· kejohanan balapan dan padang bermula secara rasminya
· majlis perasmian pembukaan oleh dato seri liow tiong lai

6. tarikh : 8 hb april 2010
masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
tempat : smk seri bentong

· kejohanan balapan dan padang berakhir..
· majlis penutupan oleh pegawai pelajaran daerah bentong

Wednesday, March 3, 2010

kejohanan balapan dan padang mssd bentong 2010

dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

sehubungan itu, zon dan pasukan tuan/puan di jemput menyertai kejohanan di atas yang akan diadakan seperti ketetapan berikut;

tarikh : 06-08 april 2010
masa : 8.00am - 5.00pm
tempat kejohanan : smk seri bentong

kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara di atas amat dihargai.

sekian. terima kasih.

Wednesday, February 24, 2010

perkembangan terbaru mssd bentong.

en nagib bin abd rahim telah memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kategori dalam kejohanan balapan dan padang.

kategori tersebut ialah bawah 10 tahun dan bawah 13 tahun. kategori ini dipertandingkan dalam sukan pembangunan. sila download maklumat di bahagian download di atas.

Monday, February 22, 2010

penting: senarai nama peserta olahraga MSSD Bentong

kejohanan olahraga mssd bentong akan diadakan di padang smk seri bentong pada 5-8 april 2010.

sehubungan itu, pengurus pasukan olahraga setiap sekolah dalam daerah bentong diminta menghantar senarai nama atlit yang bakal bertanding dalam kejohanan tersebut kepada pengerusi teknik olahraga mssd bentong (mohd nazri mohammad ali - smk karak) sebelum 25 mac 2010.

sila download semua maklumat di bahagian download.

sila hantar melalui email : mdnazri68@gmail.com

Sunday, February 21, 2010

latihan pasukan pahang fasa 2

5 orang atlet bentong akan mengikuti latihan pasukan olahraga pahang fasa 2 di kuantan pada 23 hingga 28 februari 2009.

mereka ialah syed mohd farid syed noh 17 tahun dari smk seri bentong dan omar mohd sani 14 tahun dari smk karak. syed akan berlatih bagi acara lompat kijang manakala omar bagi acara rejam lembing.

selain mereka, moganambal, 14 (smk karak) bagi acara jarak sederhana, nira afiqah, 14 (smk chemomoi) bagi acara pecut dan intan elyanie, 12 bagi acara lompat jauh.

mereka akan diiringi oleh jurulatih en mohd saiful baktia ibramin. semoga mereka dapat mengharumkan nama bentong dan pahang amnya.

Sunday, January 10, 2010

berite terbaru akan menyusul...

blog masih dalam pembikinan...harap maklum...