selamat datang..

ini adalah blog rasmi pengerusi teknik olahraga mssd daerah bentong. segala maklumat berkaitan olahraga mssd bentong akan dipaparkan di sini. untuk memperolehi maklumat, borang dan sebagainya, anda perlu download di bahagian bawah ini.

sila beri pandangan anda berkaitan blog ini untuk penambahbaikan.


Friday, March 12, 2010

mesyuarat jawatankuasa pengelola mssd bentong kali pertama

tarikh : 11 mac 2010
tempat : smk seri bentong
masa : 2.30 petang


mesyuarat kali pertama telah dipengerusikan oleh pengetua smk seri bentong, en. ab rahman bin halib.

ucapan aluan oleh pegawai pelajaran daerah bentong, en. liew kim choon

· beliau menyatakan hasrat menteri pelajaran mengenai satu pelajar satu sukan menjelang 2011

· setiap sekolah di bentong dapat mengenalpasti satu acara yang boleh mengutip satu pingat emas di peringkat mssp, satu sekolah satu pingat emas
· mencadangkan agar menjemput semua pengetua sekolah, pemimpin masyarakat, jkkk dan pibg hadir ke kejohanan balapan dan padang mssd bentong


pembentangan maklumat kejohanan oleh penyelia sukan daerah, en mohamad nagib bin abd rahim

· mssd bentong akan menggunakan sistem pendaftaran berkomputer yang akan dikendalikan oleh en mohd khairul dari sk karak
· tambahan acara pembangunan kategori bawah 10 tahun dan bawah 13 tahun.
· kepegawaian akan menggunakan khidmat pelajar aliran sains sukan sebagai hakim kejohanan.
· tarikh akhir penghantaran senarai nama peserta ke ppd pada 25 Mac 2010 sebagai semakan akhir semua ajk kejohanan..
· pelaksanaan acara pembangunan kategori bawah 10 tahun dan bawah 13 tahun pada 5 April 2010.
· mengadakan pertandingan perbarisan peringkat daerah semasa upacara perasmian.
· pasukan perbarisan mewakili setiap sekolah bagi peringkat sekolah menengah dan bagi peringkat sekolah rendah mengikut zon masing-masing.
· piala pusingan berserta sijil hanya diberi kepada johan perbarisan.
· upacara perbarisan diiringi oleh pasukan tambor

pengerusi teknik olahraga mssd bentong, en mohd nazri bin mohamad ali memaklumkan bahawa telah mewujudkan blog khusus untuk olahraga mssd bentong bertujuan memaklumkan segala perkembangan sukan olahraga daerah bentong. segala dokumen kejohanan boleh didownload melalui blog ini.




ahli jawatankuasa pengelola kejohanan balapan dan padang mssd bentong sedang bermesyuarat

No comments:

Post a Comment