selamat datang..

ini adalah blog rasmi pengerusi teknik olahraga mssd daerah bentong. segala maklumat berkaitan olahraga mssd bentong akan dipaparkan di sini. untuk memperolehi maklumat, borang dan sebagainya, anda perlu download di bahagian bawah ini.

sila beri pandangan anda berkaitan blog ini untuk penambahbaikan.


Wednesday, February 24, 2010

perkembangan terbaru mssd bentong.

en nagib bin abd rahim telah memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kategori dalam kejohanan balapan dan padang.

kategori tersebut ialah bawah 10 tahun dan bawah 13 tahun. kategori ini dipertandingkan dalam sukan pembangunan. sila download maklumat di bahagian download di atas.

Monday, February 22, 2010

penting: senarai nama peserta olahraga MSSD Bentong

kejohanan olahraga mssd bentong akan diadakan di padang smk seri bentong pada 5-8 april 2010.

sehubungan itu, pengurus pasukan olahraga setiap sekolah dalam daerah bentong diminta menghantar senarai nama atlit yang bakal bertanding dalam kejohanan tersebut kepada pengerusi teknik olahraga mssd bentong (mohd nazri mohammad ali - smk karak) sebelum 25 mac 2010.

sila download semua maklumat di bahagian download.

sila hantar melalui email : mdnazri68@gmail.com

Sunday, February 21, 2010

latihan pasukan pahang fasa 2

5 orang atlet bentong akan mengikuti latihan pasukan olahraga pahang fasa 2 di kuantan pada 23 hingga 28 februari 2009.

mereka ialah syed mohd farid syed noh 17 tahun dari smk seri bentong dan omar mohd sani 14 tahun dari smk karak. syed akan berlatih bagi acara lompat kijang manakala omar bagi acara rejam lembing.

selain mereka, moganambal, 14 (smk karak) bagi acara jarak sederhana, nira afiqah, 14 (smk chemomoi) bagi acara pecut dan intan elyanie, 12 bagi acara lompat jauh.

mereka akan diiringi oleh jurulatih en mohd saiful baktia ibramin. semoga mereka dapat mengharumkan nama bentong dan pahang amnya.

Sunday, January 10, 2010

berite terbaru akan menyusul...

blog masih dalam pembikinan...harap maklum...

Monday, November 23, 2009

bloger2x

blog ini akan diperbaharui tak lama lagi, sekian terima kasih...

Saturday, October 24, 2009

latihan fasa 1 mss pahang bermula...

latihan fasa 1 pasukan olahraga mss pahang sudah bermula iaitu pada 18 hb oktober 2009 hingga 23 hb oktober 2009.

latihan lebih menumpukan kepada kekuatan kardio dan otot atlet serta membina stamina atlet olahraga.

seramai 25 orang atlet olahraga pahang menyertai fasa latihan 1 ini, ini kerana ramai atlet lain iaitu yang berbangsa india masih lagi merayakan hari raya deepavali...hepi deepavali diucapkan...

Monday, October 12, 2009

seminar periodisasi 2009...

Seminar Periodisasi Persatuan Sukan Negeri Pahang 2009

Persatuan Olahraga Daerah Temerloh telah menganjurkan Seminar Periodisasi Persatuan Sukan Negeri Pahang pada 3 hingga 4 hb Oktober di Dewan Tun Razak Temerloh. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Bentong dengan inisiatif Penyelia Sukan PPD Bentong En. Mohd Nagib Bin Abd Rahim telah menghantar seramai 15 orang guru sukan ke seminar tersebut.

Sebanyak 9 kertas kerja telah dibentangkan oleh tokoh-tokoh akademik sukan negara temasuklah YH Dato Dr. Ramlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara. Seminar ini banyak memberikan pengetahuan baru berkaitan dengan ilmu Sains Sukan dan pengurusan sukan kepada guru-guru yang hadir seterusnya akan memberi input kepada jurulatih sukan untuk menyelaraskan program pembangunan sukan daerah khususnya MSSD Bentong.

Penutupan rasmi seminar ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang. Pengerusi Teknik Olahraga MSSD Bentong En. Mohd Nazri Bin Mohamad Ali telah menerima sijil penyertaan mewakili guru-guru peserta seminar Daerah Bentong.

Sunday, October 11, 2009

School Base Training...??

school base training nie bertujuan untuk mencari bakat & menjadikan setiap sekolah yang menjadi pusat pembangunan olahraga sebagai base training untuk atlet-atlet olahraga di setiap daerah, selain itu tujuan utamanya adalah untuk menggariskan beberapa perancangan khusus mempertingkatkan potensi atlet sebagai persiapan menuju ke landasan yang tepat menjelang Landas Emas 2012.

adalah diharapkan atlet-atlet yang dilahirkan nanti akan dapat menghasilkan sekurang-kurangnya satu pingat emas bagi setiap individu dalam Kejohanan Olahraga MSSM 2012.

" Amukkan Tok Tajah Akan Kembali!!! "

diharap program ini tidak sahaja tertumpu pada pusat-pusat kecemerlangan olahraga daerah, akan tetapi terbuka kepada semua sekolah yang mempunyai atlet yang berbakat terutamanya di dalam derah bentong!!! harapan pt olahraga bentong...

Pembangunan Olahraga di sambung semula...

untuk pengetahuan semua peminat-peminat olahraga, sukan pembangunan olahraga akan dijalankan semula pada tarikh 31 oktober 2009, yang mana pada pembangunan kali ini ianya akan dilakukan dengan menggabungkan 2 sirkit, iaitu sirkit balapan & sirkit padang.



pasukan olahraga bentong akan turut menyertai sukan pembangunan tersebut di samping untuk memastikan olahraga bentong akan kembali bersinar pada masa-masa akan datang.

kontigen bentong akan menghantar 2 pasukan iaitu untuk acara balapan & acara padang, boleh dikatakan setiap acara yang dijalankan, kontigen bentong akan memastikan ada atlet dari daerah bentong mengambil bahagian.

Wednesday, September 9, 2009

sukan dan ramadhan

sempena bulan ramadhan, team olahraga mssd bentong terpaksa menangguh latihan. atlit diberi rehat aktif.

pihak jurulatih dan pengurusan atlit mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua atlit islam daerah bentong.
semoga ibadah kita diberkati allah s.w.t.

Monday, September 7, 2009

Welcome...

salam sejahtera...

saya en. mohd nazri mohamad ali, pt olahraga daerah bentong mengambil inisiatif untuk mewujudkan blog ini bagi tujuan melaporkan aktiviti-aktiviti olahraga mssd bentong kepada anda disamping ingin menjadikan blog ini sebagai rujukan aktiviti sukan khususnya kepada jurulatih olahraga sekolah-sekolah daerah bentong.

diharap blog ini akan menjadi wadah penting dalam membangunkan olahraga daerah bentong. pengunjung blog ini dialu-alukan memberi teguran, cadangan & pandangan yang membina demi memajukan sukan olahraga di daerah ini & di negeri pahang amnya.